Wednesday, July 18, 2018

Unit 14 : Saya Bertolak Ansur

NILAI : TOLERANSI

Definisi : Bertolak ansur ialah tidak hanya mementingkan atau menguntungkan bagi sebelah pihak semata-mata, baik dalam menghadapi apa jua masalah kehidupan, tanggungjawab serta tugas yang diamanahkan. Atau dengan erti kata lain, tidak terlalu mengira bila bila berbuat baik sesama orang lain.

Jom ikuti situasi di bawah:

Bertolak ansur sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Setiap orang perlu ada sikap bertolak ansur kerana melatih diri kita agar sabar dan mengawal diri apabila berlakunya masalah yang boleh menjejaskan diri seseorang.

Unit 13 : Saya Bersikap Sederhana

NILAI : KESEDERHANAAN

Definisi : Membiasakan diri hidup sederhana, baik dalam pembicaraan, tingkah laku mahupun dalam perbelanjaan.



Kita harus hidup dalam keadaan yang sederhana. Bersederhana dari segi perbelanjaan, menggunakan air, elekterik dan makanan. Gaya hidup bersederhana ini penting kerana ia dapat melatih diri agar hidup lebih berdikari.

Contoh sederhana dalam perbelanjaan:

Merancang wang belanja bertujuan untuk merancang perbelanjaan bagi membantu membeli barang yang diperlukan sahaja dan mengira perbelanjaan. Hal ini bertujuan agar dapat membantu kita untuk hidup dalam kesederhanaan.

Unit 12 : Ayuh Bekerjasama

NILAI : KERJASAMA

Definisi : Kerjasama adalah pekerjaan yang biasanya dikerjakan oleh individu tapi dikerjakan secara bersama oleh dua orang atau lebih dengan tujuan agar pekerjaan tersebut menjadi lebih ringan.

Contoh kerjasama:


Jika kita semua saling bekerjasama, segala urusan kerja akan menjadi mudah dan cepat siap. Jika kelas bersih, ilmu yang diterima di dalam kelas akan mudah diterima oleh murid. Dengan bekerjasama juga akan mengeratkan silaturahim antara murid dalam kelas tersebut.

Fahami dialog di bawah:


Unit 11 : Rajin Membawa Jaya

NILAI : KERAJINAN

Definisi : Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.

Fahami dialog di bawah: 

Jom ikuti cerita bersiri di bawah: 

Mencapai cita-cita : 
Setiap orang perlu mempunyai seorang idola yang berjaya. Mempunya idola yang berjaya, akan menimbulkan rasa bangga di atas sifat kerajinan yang ada kepada idolanya itu. Seorang guru perlu membimbing muridnya untuk mencapai cita-cita sehingga beliau berjaya.

Unit 10 : Saya Yang Jujur

NILAI : KEJUJURAN

Definisi : Jujur bermaksud keselarasan antara berita dengan kenyataan yang ada. Sekiranya sesuatu berita sesuai dengan keadaan yang ada, maka dikatakan benar atau jujur, tetapi kalau tidak, maka dikatakan dusta. Kejujuran itu ada pada ucapan, juga ada pada perbuatan.

Jom ikuti dialog di bawah : 

Situasi A

Murid lelaki membeli kuih yang berharga 0.50 sen. Dia memberikan sekeping wang kertas RM1 kepada makcik jual kuih itu. Makcik itu telah memulangkan baki kepada murid tersebut sebanyak 0.80sen. Situasa di atas telah menunjukkan sifat kejujuran dalam diri murid tersebut apabila murid itu memulangkan semula lebihan baki yang diperolehi.

Situasi B

Situasi di atas menunjukkan kejujuran seorang perempuan yang telah mengaku kesalahan kepada bapanya dan bercakap benar bahawa dia yang terlupa untuk menutup paip air.

PENGAJARAN 


Sebagai seorang anak, kita tidak seharusnya menipu ibu bapa dan orang lain. Sekiranya kita jujur kepada ibu bapa, mereka akan lebih mempercayai kita. Sikap kejujuran perlu ada pada setiap orang untuk mendapatkan kehidupa yang bahagia.

Unit 9 : Saya Seorang Yang Berani

NILAI : KEBERANIAN

Definisi : Berani merupakan satu kekuatan tersembunyi yang wujud dalam diri setiap orang untuk menghadapi cabaran dan masalah dalam kehidupan. Kekuatan tersebut mungkin ditonjolkan melalui pemikiran dan tindakan seseorang.

Jom ikuti komik di bawah: 

Perhatikan situasi di bawah yang menunjukkan sifat keberanian:

Situasi A
1

Terung berani memarahi Timun kerana mengejeknya gemuk.

Situasi B
2

Bunga Raya berani menegakkan kebenaran bahawa beliau berani untuk berucap di hadapan murid lain.

Situasi C
3

Petola berani mengaku kepada gurunya bahawa dia meniru kerja sekolah kawannya. 

Situasi D
4

Rambutan berani menolak pelawaan orang yang tidak dikenali.

PENGAJARAN 


Sikap berani juga perlulah bertempat dan ada batasnya. Hal ini kerana akan memberikan keburukan kepada diri kita. Seperti cerita di atas, Teko berani sehingga membahayakan diri sendiri. 

Unit 8 : Saya Bersikap Adil

NILAI : KEADILAN

Definisi : Adil adalah satu sikap yang tidak memihak atau sama rata, tidak ada yang lebih dan tidak ada yang kurang, tidak ada pilih kasih dan sebagainya. 

Dialog di bawah menunjukkan contoh cara untuk bersikap adil: 

Contoh perbuatan yang bersikap adil :

a) Ali mempunya dua biji limau. Dia memberikan sebiji kepada adiknya. 

b) Aminah membahagikan kek secara sama rata dengan kawan-kawan.

c) Faris mempunyai empat biji gula-gula. Dia berikan dua biji kepada kawannya.

d) Rajit memberikan makanan kepada dua ekor kucingnya dalam kuantiti yang sama.