Definisi : Jujur bermaksud keselarasan antara berita dengan kenyataan yang ada. Sekiranya sesuatu berita sesuai dengan keadaan yang ada, maka dikatakan benar atau jujur, tetapi kalau tidak, maka dikatakan dusta. Kejujuran itu ada pada ucapan, juga ada pada perbuatan.
Jom ikuti dialog di bawah :
Situasi A
Murid lelaki membeli kuih yang berharga 0.50 sen. Dia memberikan sekeping wang kertas RM1 kepada makcik jual kuih itu. Makcik itu telah memulangkan baki kepada murid tersebut sebanyak 0.80sen. Situasa di atas telah menunjukkan sifat kejujuran dalam diri murid tersebut apabila murid itu memulangkan semula lebihan baki yang diperolehi.
Situasi B
Situasi di atas menunjukkan kejujuran seorang perempuan yang telah mengaku kesalahan kepada bapanya dan bercakap benar bahawa dia yang terlupa untuk menutup paip air.
PENGAJARAN
Sebagai seorang anak, kita tidak seharusnya menipu ibu bapa dan orang lain. Sekiranya kita jujur kepada ibu bapa, mereka akan lebih mempercayai kita. Sikap kejujuran perlu ada pada setiap orang untuk mendapatkan kehidupa yang bahagia.
No comments:
Post a Comment